Thursday, May 21, 2009

PERTANDINGAN MEMBINA BBM DAN BERCERITA DALAM BAHASA ARAB

Panitia Bahasa Arab akan menganjurkan Pertandingan Membina BBM Bahasa Arab dan Bercerita dalam Bahasa Arab. Ia terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 Siber yang mengambil Bahasa Arab. BBM yang telah siap bolehlah dihantar kepada Ustazah Juariah sebelum atau pada 30 Jun 2009. Manakala Pertandingan Bercerita pada 1 Julai 2009, hari Rabu. Hadiah menarik menanti anda!! Cepat!! Cepat!! Daftar nama dengan Ketua Panitia sekarang....!!!!

Keindahan alam ciptaan Ilahi........


PENGENALAN PANITIA

Panitia Bahasa Arab SM3KB 2009 terdiri daripada 3 orang tenaga pengajar yang berkaliber. Mereka ialah Ustazah Juariah Nordin selaku Ketua Panitia dan mengajar kelas 2 Siber, Ustazah Shamsiah Sahari mengajar 3 Siber dan Ustazah Fadzlun Hassan mengajar 1 Siber.
Panitia ini bernaung di bawah Kelas Aliran Agama ( KAA ) di mana juga ada kelas Kelas Kemahiran Al-Quran ( KKQ ) yang diajar oleh Ustazah Zurinawati Sahrujie.
Kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk belajar Bahasa Arab dan KKQ, Panitia kami mengalu-alukan untuk menyertai kami di Kelas 1, 2 dan 3 Siber pada hari Isnin, Selasa dan Khamis pada jam 2.30 - 4.30 petang.